Assalamualaikum..
Dah lama tak update blog ni..hehe, sejak akhir-akhir ni rasa tertarik dengan fesyen hijab dan jubah..keinginan untuk mengubah angin daripada fesyen 'chic' kepada muslimah tu sentiasa ada..setiap kali terbaca post-post teman yang berunsur islamik terutamanya bab aurat, hati ini sentiasa memikirkan keindahan syurga..Allah telah menciptakan sebuah ganjaran yang terlalu indah bagi hambaNya yang bersyukur dan menyatakan rasa syukur tersebut dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya..
Hati ini juga sering memikirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan, dengan rasa merendah diri memohon ampun kepada Allah agar dosa yang dilakukan ini tidak berbalik kepada ibu dan bapa..hati ini sering merasakan bahawa taubat yang dilakukan masih belum sempurna dan tidak diterima..namun, dalam setiap doa yang dipanjatkan sentiasa memohon agar taubat itu diterima..amiin..!
Sepanjang tahun ini aku sering diuji akan makna kesetiaan dalam persahabatan, erti persahabatan yang sebenarnya ataupun sekadar mendapatkan manfaat tertentu..sesungguhnya, aku inginkan persahabatan yang bersih, suci dan bebas dari segala rasa hipokrit dan bermuka-muka..ketahuilah wahai sahabat sekalian, pemilik hati ini adalah manusia biasa yang punya rasa sayang dan juga rasa benci..kadangkala rasa itu boleh bertukar dalam sekelip mata..walau bagaimana halus pun hati itu dijaga, ianya tetap akan tercalar juga..oleh itu, pertahankanlah rasa sayang itu selagi mampu..maafkan aku seandainya aku tidak mampu membendung rasa benci itu, andai ianya jelas kelihatan di matamu, berilah aku masa untuk menghilangkan rasa benci itu kerana sesungguhnya rasa sayang sentiasa ada untukmu..
p/s : i dedicate this song to all of my lovely and beautiful friends..just know that you are precious to me..!
- till me meet again next time -
.jpg)
